+60 3 3099 2900
Dapatkan akaun
FrontDesk System
Kalendar seret dan lepas
Channel Manager
Tiada lagi overbookings
Hotel Booking Engine
Tempahan terus tanpa komisen, mesra mudah alih, berintegrasi dengan Facebook
Payment Gateway
Sistem Pembayaran hotel terkini dan inovatif 
Guest Advisor
Concierge virtual anda, dan khusus untuk peningkatan jualan
Unified Inbox
Airbnb, Booking.com, E-mel, SMS semua di dalam satu tempat
Menu
+60 3 3099 2900
Dapatkan akaun

Enjin Tempahan Internet yang Bebas Komisyen! 

Anda kini boleh menambah Enjin Tempahan kami ke dalam laman web sedia ada anda. Ia membolehkan anda mendapat tempahan bilik terus kepada anda. Mari kita lakukan perniagaan ini bersama!

Dapatkan akaun
ibe

Jaminan Keselamatan Enjin Tempahan

Kami menggunakan teknologi SSL terkini untuk keselamatan data pelanggan anda.

Disahkan oleh Tripadvisor

SabeeApp telahpun lulus dalam proses pensijilan Tripadvisor dan kini kami amat berbangga menjadi Rakan Kongsi Premium Tripadvisor.

Terima Bayaran

Anda boleh menggunakan PayPal, Stripe atau SabeePay untuk menerima bayaran terus di dalam Enjin Tempahan Internet anda.

ibe_statistics

Tahukah anda apakah kadar pertukaran enjin tempahan anda sekarang?

Pada akhirnya, ini akan menjadi perkara yang paling penting: Berapa banyak tetamu Enjin Tempahan yang akan membuat tempahan terus dengan anda!

Semua ciri-ciri ini dapat membantu anda mendapat kadar pertukaran yang tinggi.

Mudah dilaksanakan

Salin kod ringkas widget "check availability" dan masukkan ia ke dalam laman web. Mudah sahaja!

Pertukaran dioptimumkan

Bukan sekadar hanya dengan Enjin Tempahan. Anda haruslah memastikan bahawa wang yang dilaburkan untuk membawa masuk tetamu ke dalam laman anda ditukarkan menjadi tempahan.

Penyesuaian sepenuhnya

Enjin tempahan boleh disesuaikan menepati gaya visual anda. Anda mempunyai kawalan penuh ke atas polisi tempahan, pembatalan dan juga semua penulisan di dalam enjin tempahan.

Sokongan Mudah Alih / Tablet

Jumlah pengunjung yang melawat laman web anda melalui peranti mudah alih kian bertambah. Anda mungkin bakal kehilangan mereka jika anda tidak menawarkan enjin tempahan mudah alih yang optimum. Anda tidak mahu perkara seperti ini terjadi bukan?

Penggunaan kod promosi

Jika anda mempunyai harga istimewa untuk berkomunikasi dengan tetamu anda, anda boleh menerima kod promosi di dalam laman web anda.

Membuat Diskaun

Beri diskaun kepada tetamu yang kembali ke hotel anda dan ingati nama mereka.

Beberapa tempahan dan jenis bilik

Pelanggan kini boleh menempah beberapa dan pelbagai jenis bilik dengan satu tempahan.

Pengesahan automatik yang menarik

Selepas tempahan berjaya, pelanggan akan menerima pengesahan secara automatik. Anda kini mempunyai kawalan penuh untuk semua penulisan dan penjenamaan. 

Aplikasi Facebook

Gunakan kuasa media sosial. Pengunjung laman Facebook anda kini boleh membuat tempahan terus ke enjin tempahan Facebook anda.

Sambungan PMS

Semua tempahan yang diterima melalui Enjin Tempahan akan disahkan secara automatik. Anda tidak perlu memuatnaik tempahan ke dalam SabeeApp. Semuanya automatik di sini.

IBE di dalam 14 bahasa

Jika enjin tempahan di dalam bahasa anda, bukankah ia lebih meyakinkan? Tetamu anda juga pasti punyai rasa yang sama.

Apakah Enjin Tempahan Internet?

Jika anda mempunyai laman web  untuk perusahaan anda, anda mesti tidak mahu ketinggalan untuk menerima tempahan terus dan bebas komisen. Enjin Tempahan Internet (IBE) boleh diintegrasikan ke dalam laman web anda. Oleh itu, tetamu yang akan datang yang mengunjungi laman web anda boleh membuat tempahan tanpa perlu lagi ke laman OTA. 

Enjin tempahan SabeeApp bukan sahaja boleh diintegrasikan dengan laman web hotel itu sendiri bahkan untuk laman Facebook. Jadi, pengunjung laman Facebook juga boleh membuat tempahan terus tanpa perlu pihak ketiga!

Kenapa anda perlu menggunakan Enjin Tempahan Internet?

Jawapannya mudah - ia menjamin tempahan bebas komisyen.

Enjin tempahan SabeeApp berintegrasi sepenuhnya dengan sistem yang lain. Ini bermakna kesemua tempahan yang baru dibuat akan terus ke kalendar PMS dan disambungkan terus ke OTA.

Jika ada bilik di tempah di OTA - secara automatik ia juga akan ditutup di enjin tempahan, jadi anda tidak perlu lagi berurusan dengan mana-mana secara manual.

Tahukah anda?

Memilih sistem pengurusan hotel yang tepat dapat menjimatkan purata 4 jam waktu bekerja sehari.
Apa yang akan anda lakukan pada lebihan 4 jam sehari tersebut?

SabeeApp - Work Smart, Not Hard!

+60 3 3099 2900